Islamic Widget

Tuesday, November 20, 2012

Kasih Sayang Yang Tak Bertepi

Bila iman terasa semakin luntur

Diuji dengan pelbagai ujian

Agar terus kembali mencari cintaNYA

Itu tanda ALLAH masih mengasihi hamba

Tidak mahu terus-terusan dalam noda

Ya ALLAH, ampunkan aku dan ahli keluargaku

Serta mereka yang berbuat baik kepadaku

Biar semua merasa hebatnya cintaMU

Pimpinlah kami ke jalan kebenaran

Ameen

Sunday, November 18, 2012

Hujan Peluru di Palestin

Makin menjadi-jadi hujan peluru di Palestin...
Apa usaha kita untuk membantu mereka???

1. Hujan Doa
Kita salurkan sumbangan ikhlas melalui kuntuman doa-doa dari negara kita

2. Pena Berbicara
Ayuh kita bantu mereka dengan tulisan-tulisan 'berapi' dan semangat agar mereka tahu kita sentiasa di belakang mereka dan mengajak muslimin yang lain sama-sama berdoa dan bersatu untuk menentang Zionis

3. Sumbangan materi
Walaupun disekat, kita terus-terusan berikan sumbangan. Mana tahu ada yang sampai juga ke sana nanti. 
In sha ALLAH.

4. Boikot
Jom kita istiqamah boikot barangan-barangan Israel ye. 

In sha ALLAH... Palestin, kami di belakangmu... 



Gaza, aku datang!!!

Inspirasi dari tajuk filem, Istanbul, aku datang, dan melihat perjuangan yang tak henti-henti di Gaza membuatkan hati terjaga, terasa ingin menulis sebuah novel bertajuk, Gaza, aku datang!

Ya ALLAH, berilah pertolonganMu kepada pejuang-pejuang Islam di Gaza dan negara-negara Islam yang diancam tika ini, mereka membenarkan syahadah mereka, mereka mempertahankan kalimah tauhid, maka bantulah mereka ya ALLAH... ameen, ameen, ameen ya Rabbal 'Alameen...

Beberapa kali saya bermimpi saya dan umat Islam yang lain berperang dengan Zionis laknatuLLAH... Pertama kali, saya mimpi saya dalam keadaan takut yang teramat sangat, takut terbunuh dan dibunuh, takut ditembak oleh Zionis... Setelah berkali-kali mimpi tentang peperangan, saya jadi berani, berani kerana yakin ALLAH membantu hamba-hambaNYA yang beriman...

Mimpi-mimpi seterusnya, seolah-olah saya makin berani dan diangkat martabat, hingga dalam satu mimpi itu, saya memegang panji Islam dan mengetuai angkatan berkuda, MasyaALLAH...

Terjaga, buat saya semangat dan berkobar-kobar memperjuangkan apa yang telah diperjuangkan oleh RasuluLLAH...

Saya ingin menulis bukan untuk menjadi popular, tapi ingin sangat-sangat menyuntik semangat para pejuang yang lain, insyaALLAH... dan pastinya untuk menyuntik semangat saya sendiri...

Tak mahukah kita menempah tiket ke firdausi dengan syahid fi sabiliLLAH???

Ya, bukan mudah nak menyahut laungan jihad, dan belum tentu lagi kita benar-benar IKHLAS...

Usaha untuk IKHLAS, usaha untuk meniti jalan perjuangan, kita kena banyak-banyak usaha... Iman kita turun dan naik, jadi jagalah iman kita sentiasa... beramal dengan ilmu yang kita ada, walau sikit tapi berterusan itu kan lebih baik...

Amalan yang berterusan walaupun sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sebagaimana di dalam hadis ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata yang maksudnya:”Ditanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah SWT. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Hadis riwayat Bukhari)

Monday, November 12, 2012

Impian...moga2 ALLAH kabulkan harapan

Sekadar mencoretkan impian di hati, moga2 berkat coretan ini, ALLAH kabulkan dan berikan yang terbaik, ameen3...

1. Sanad Al-Qur'an Mesir
2. Sanad Al-Qur'an Syria
3. Hantar Mak Abah tunaikan Haji/Umrah
4. Umrah dan Haji di usia muda
5. Al-Hafizah
6. Master dan PHD
7. Menghafaz Hadith2
8. Pensyarah/Pendidik
9. Menikah dengan Al-Hafiz (yang hafaz 30 juzu' Al-Qur'an @ yang bercita2 untuk menghafaz 30 juzu' Al-Qur'an-yang benar2 memelihara Al-Qur'an dan hukum hakam di dalamnya)
10. Memperoleh zuriat yang soleh solehah
11. Syahid insyaALLAH

Ya ALLAH, Engkaulah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untukku, tentukanlah yang terbaik buatku, agama, dunia dan akhiratku... ameen3...

Perjuangan Seorang Mujahidah

Apa yang perlu kulakukan cuti ni.... perlukan planning yang rapi, dan kesungguhan yang tinggi... harus korbankan masa lapang untuk menggapai cita-cita nan murni...

Rebut 5 perkara sebelum 5 perkara... sihat sebelum sakit, senang sebelum susah, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati...

~Cuti bermula dengan tekad untuk berjaya dunia dan akhirat~

12/11/2012 hingga buka sekolah, bulan 1 2013

1. Hafazan
- Sabaq : Sehari 1@2 muka insyaALLAH
- Sabqi : Sehari 4@5 muka insyaALLAH
- Manzil : Sehari 4@5 muka insyaALLAH

2. Tilawatul Qur'an
- Sehari 1 juzu' (kalau tak sempat, setengah juzu')

3. Zikir dan Selawat (termasuk mathurat dan amalan2 yang lain)
- Pagi dan petang

4. Belajar menjahit
- pergi kelas pagi (perlu bincang dengan Ma)

5. Belajar memasak
- belajar dengan Mak kat rumah =)

6. Dana untuk ke Mesir
- edit surat sponsor + post ke sponsor list

7. Mengajar (19/11 - 23/11/2012), perlu siapkan buku ringkasan mengajar

8. Luangkan masa di masjid (ajar mengaji + menghafaz)
- pagi

9. Kelas Tahfiz
- pagi @ petang

Esok, 12/11/2012, nak buat list-to-do dan jadual sepanjang cuti


Putera Idaman


Sekadar mencoretkan.... moga2 ALLAH kurniakan 'suami' yang kuidam2kan, paling tidak, ALLAH detikkan hatinya untuk berubah ke arah itu.... nobody is perfect....

Ciri2 putera idaman qalbu:
Lelaki acuan Al-Qur'an :

1- ALLAH dan Rasul lebih dicintainya melebihi segala2nya
2- Al-Qur'an dan Sunnah Rasul pegangannya
3- Lidahnya basah dengan zikruLLAH
4- Berpewatakan simple tapi kemas dan bersih
5- Menghafaz Al-Qur'an (memelihara Al-Qur'an di hati bukan sekadar di bibir)
6- Berpengetahuan tinggi (terutama dalam bidang agama, agar dapat mendidik isteri dan anak2)
7- Suka bersedekah, menghubungkan silaturrahim
8- Menjaga pergaulan dengan yang bukan muhrim
9- Penyayang, sukakan kanak2
10- Romatis seperti Baginda S.A.W

First thing to change, I change myself....
Rindu... untuk bertemu 'kekasih halal' yang ALLAH telah tuliskan buatku...

Sunday, October 14, 2012

Kelebihan Surah Al-Ikhlas




Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :

"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka".



Dari Imam Bukhari, diriwayatkan
daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas
berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada
Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia
menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi
tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Hebatnya Istikharah

Hati Insyirah tenang... Seusai solat, Insyirah panjatkan doa, tidak ditinggalkan doa istikharah, memohon pertolongan hanya kepada ALLAH...

"...Bonda, Insyirah setuju ke madrasah baru..."
"...Alhamdulillah, Bonda rasa bersyukur Insyirah setuju nak habiskan belajar di sana..."

Namun, 3 hari sebelum ke madrasah baru, Insyirah menerima mimpi yang berunsur 'negatif' tentang madrasah... Insyirah bermimpi sahabat Isnsyirah menangis dan suasana di madrasah kelam, tiada cahaya...

"...Bonda, Insyirah rasa berat nak ke madrasah baru, kalau Insyirah cansel ke sana macam mana ye, Bonda?" tanya Insyirah lembut.
"...Kenapa Insyirah? Bonda tak nampak ada sebarang benda tak elok, lagipun Ustazah mesti dah tertunggu-tunggu Insyirah di sana..."
"...Tak pe lah, Bonda. Insyirah pergi sana cuba dulu ye. Kalau ada apa-apa, Insyirah akan istikharah balik..."

Insyirah dan Bonda disambut baik oleh Ustazah dan Qistina. Tiada kekurangan yang kelihatan. Nampak baik-baik aje.

Seusai mengucup tangan Bonda dan Ayahanda, Insyirah menanti kereta yang dipandu Ayahanda berlalu sambil melambai-lambai ke arah adik-adik dan Bonda serta Ayahanda.. Moga-moha hijrah ini penuh barokah, getus hati Insyirah...

Setelah beberapa ketika belajar di tempat baru, hati Insyirah terasa sesuatu yang tidak enak. Aduh, kan Insyirah dah cakap dulu kat Bonda, Insyirah tak sedap hati dengan tempat baru ni... Namun istikharah tidak sesekali Insyirah tinggal, apa-apa pun mesti mohon pertolongan kepada ALLAH..

Apa yang berlaku di luar jangkaan, Bonda sendiri datang mengambil Insyirah pulang setelah menangis-nangis Insyirah mengadu kepada Bonda dalam telefon.

"...Insyirah tak tahan Bonda, semua Insyirah buat nampak salah, Insyirah cuba buat yang terbaik dah, Insyirah mengaji betul-betul, tapi Ustazah hanya nampak kesalahan Insyirah dan besar-besarkannya... Insyirah nak balik, tak nak belajar kat sini dah..."

Hati yang diisi dengan Kalam ALLAH rupanya mudah sangat tersentuh. Tapi sesiapa pun berada di tempat Insyirah pasti menangis teresak-esak, manakan tidak, disalah anggap hendak merampas suami orang, itu memang melampaui batas, Insyirah niat untuk belajar, bukan mencari jodoh... Segala perbuatan Insyirah diperhati, dihukum tak tentu pasal, mana-mana insan pun pasti terguris kan... Insyirah redha, dia tetap Ustazah yang menyampaikan ilmu kepada Insyirah...

Kembali ke tempat asal buat Insyirah lebih tenang, rupanya semuanya ada hikmah. Hari ini 13/10/2012 Insyirah diterima di madrasah yang lebih baik. Insyirah tekad untuk mengkhatamkan hafazannya secepat mungkin. Kejadian tempoh hari menjadikan Insyirah lebih cekal...

Hebatnya istikharah, Insyirah yakin ALLAH membantunya dalam setiap keadaan... Mungkin madrasah itu bukan yang terbaik untuk Insyirah tapi satu wasilah untuk Insyirah ke madrasah yang baru ni. Alhamdulillah.

Mengajar dan belajar dalam masa yang sama buat Insyirah menghargai guru dan dirinya sendiri... Insyirah berusaha menjadi pelajar dan guru yang baik, sekaligus cuba memenuhi tuntutan anak yang baik serta hamba ALLAH yang taat pada perintah ALLAH...

Tuesday, February 21, 2012

Belajar Istiqamah



Istiqamah bermakna tetap pendirian di atas kebenaran agama Islam.
Fussilat [30] Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.


Sedang belajar untuk istiqamah...
Istiqamah pada hati, lisan, serta pada amalan-amalan yang dituntut.


Diriwayatkan dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan; ‘Aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi tentangnya dari orang lain selain engkau’. Jawab Rasulullah s.a.w.; ‘Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu istiqamah’.
(Hadis riwayat Imam Ahmad, an-Nasai, Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)





Allah berfirman;
“Maka beristiqamahlah kamu sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”. (Hud: 112)
Amalan yang berterusan walaupun sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sebagaimana di dalam hadis ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata yang maksudnya:”Ditanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah SWT. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Hadis riwayat Bukhari)



Friday, February 10, 2012

Qur'an Di Hati

Awal2 pagi, perlu bersiap untuk ke madrasah seusai sarapan yang disediakan oleh ibunda tercinta.  


Tengah hari, pulang ke rumah menikmati juadah dari air tangan ibunda tercinta. 


Petang, harus bergegas melaksanakan misi mentarbiyyah anak2 didik. 


Selepas Asar,pulang mengajar, bersiap untuk solat Maghrib, i'adah seketika dan selepas Maghrib, harus ke madrasah lagi sekali.


Ujian terasa berat, namun redha. Inilah jalan perjuanganku, akan kutempuhi demi menggenggam ijazah Hafizah dan Hamalatul Qur'an hanya dari ALLAH, sungguh aku terpilih dari ribuan manusia. Syukur hanya padaMU ya ALLAH, AlhamduliLLAH.

Sunday, January 29, 2012

Qur'an Digital Berjalan

Alunan ayat-ayat suci berkumandang dari sebuah Qur'an Digital milik Wardatul Abyadh. Surah Al-Baqarah, bacaan Syeikh kegemarannya, Syeikh Said Al-Ghamidi.

Dikucup lembut setelah selesai mendengar. "Erm, masa untuk melelapkan mata, mata juga perlukan rehat yang sempurna, telinga juga perlu rehat yang sempurna", bisik hati kecil Wardatul Abyadh. Dr. Fadzilah Kamsah pernah menyarankan ketika tidur elakkan dari tidur sambil mendengar radio dan sebagainya kerana ia bisa membuatkan tidur kita tidak sempurna dan kita bisa merasa penat setelah bangun dari tidur.

*****************************************************************

"Alhamdulillahilladzi ahyaana ba'dama amaatanaa wa ilaihinnusyur," Wardah membaca doa bangun tidur seperti yang diajar oleh Baginda RasuluLLAH. Hari ini, seperti biasa Wardah menghabiskan masanya di kelas-kelas pengajian dan perpustakaan darul hikmah, UIAM Gombak.

Seperti rutin harian seorang hafizah, Wardah biasanya ke masjid lebih awal dari waktu solat untuk menghafaz beberapa ayat suci Al-Qur'an. Setelah solat berjemaah, Wardah tetap tekun dengan Al-Qur'an kecilnya di tapak tangan, mengulang-ngulangi ayat-ayat yang telah dihafaz dan akan dihafaz.

"Oh, hari ni, tiada discussion, boleh balik ke bilik lebih awal," bisik hati Wardah sendirian. 

"Wardah, jom solat Maghrib dan 'Isya' berjemaah. Biar akak jadi imam," pesan Kak Insyirah. Wardah tersenyum dan mengangguk. Kak Insyirah membaca ayat-ayat suci dari awal juzuk 18 dan hampir menamatkan juzuk 18 pada raka'at kedua solat 'Isya' mereka malam itu. Wardah seakan menduga, "Akak baca surah Al-Mukminun juzuk 18 kan?" "Aah Wardah, hari ni akak ulang juzuk 18, akak bawa dalam solat, kenapa Wardah?" tanya Kak Insyirah kembali.

"Tak, Wardah dulu masa interview kelas tahfiz, kena hafaz juzuk 18 la, tu yang Wardah ingat ayat-ayat tu. Akak, susah tak mengulang Qur'an? Wardah baru lagi menghafaz sungguh-sungguh kat UIA ni, nak juga tahu teknik-teknik menghafaz yang berkesan." Kak Insyirah bekas pelajar Darul Qur'an Jakim, Kuala Kubu, gayanya bersahaja tetapi seorang mahasiswi yang hebat dan sangat menjaga Qur'annya.

"Menghafaz Qur'an tak sesusah mana, Wardah pun ada pengalaman kan, tapi menjaganya memang payah, kerana Qur'an itu lebih mudah terlepas dari unta yang ditambat. Alhamdulillah, akak kat sini, sentiasa bersama dengan sahabiah-sahabiah al-hafizah, dan kami berlumba-lumba 'i'adah sesama kami. Dan apa-apa bacaan, kami akan bawa ke dalam solat, itu satu cara untuk memelihara Qur'an, dan sekaligus dapat menjadikan solat lebih khusyu', Wardah," Kak Insyirah menuturkan kata-kata pembakar semangat kepada Wardah.

"Ye kak, Wardah sekarang sangat-sangat bersyukur ALLAH tempatkan Wardah di sini, bersama akak dan sahabat-sahabat yang lain. Alhamdulillah." "Baguslah macam tu, ok, esok Wardah pula jadi imam, ye," Kak Insyirah tersenyum. "Tapi kak, Wardah tak berapa yakin lagi ni," Wardah mengerutkan dahi. "Takpe, belajar, mula-mula memang macam tu," pesan Kak Insyirah.

"Wardah ke compartment Wardah dulu ye, ada assignment perlu disiapkan minggu ni dan esok Wardah ada quiz, doakan Wardah ye." "InsyaAllah, doakan akak sama ye, dik." 

****************************************************************

Wardah membelek Majalah i yang baru dibelinya. "Wah, ada Qur'an Digital terbaru la, menarik ni," getus hati Wardah. Qur'an Digital milik Wardah hanya punya satu bacaan, iaitu bacaan Syeikh Said Al-Ghamidi dan beberapa kelebihan lain seperti Tafsir 2 atau 3 Kitab Mu'tabar, dan terjemahan dalam Bahasa Malaysia. 

Sedangkan Qur'an Digital yang terbaru yang diiklankan di majalah itu mempunyai lebih banyak kelebihan, seperti Tafsir Jalalain, Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Fi Zilalil Qur'an dan tafsir-tafsir lain tidak kurang dari 10 Kitab Mu'tabar, juga mempunyai terjemahan lebih dari 3 bahasa membuatkan Wardah kelabu mata. 

"Erm, Mak, Wardah rasa Wardah nak beli Qur'an Digital baru, tapi sayang pula dengan Qur'an Digital Wardah ni. Qur'an Digital tu banyak kelebihannya, Mak," Wardah menerangkan satu persatu kelebihan Qur'an Digital yang baru kepada ibunya. Ibunya seakan setuju yang mencadangkan supaya menjual Qur'an Digital itu kepada orang yang sudi membeli.

"Kawan Mak ada sorang ni, Mak Cik Kamariah, dia nak beli Qur'an Digital Wardah tu, nanti Wardah bawa balik ye," pesan Mak. "Ada, nanti Wardah bawa balik dan bagi kat Mak."

Entah kenapa, Wardah merasa sedih. Qur'an Digital yang baru yang ingin dimiliki masih belum dimiliki lagi, tapi terpaksa berpisah dengan Qur'an Digital yang disayangi. Setiap malam Wardah menghayati ayat-ayat suci lewat Qur'an itu, mampukah Wardah lepaskannya kepada Mak Cik Kamariah setibanya cuti sem nanti, Wardah keliru.

"Ya ALLAH, aku tidak tahu apa yang terbaik, hanya ENGKAU Yang Maha Mengetahuinya." Wardah merasa tenang, dan sanggup menjualkannya kepada Mak Cik Kamariah dengan harga yang disepakati, moga-moga mendapat keberkatan dan digantikan dengan yang lebih baik. Wardah redha.

****************************************************************

"Mak ingat lagi tak, Wardah ada Qur'an Digital dulu, yang Wardah ingat lepas jualkannya, Wardah nak beli yang baru, ingat tak Mak?" tanya Wardah setelah hampir 5 tahun merindui Qur'an Digital yang pernah menjadi miliknya suatu tika dulu. "Ya, Mak ingat, Alhamdulillah, Makcik Kamariah kamu menggunakannya sebaik mungkin. dah berkali-kali hearphone Qur'an tu ditukar, tapi Alhamdulillah Qur'an tu masih elok keadaannya. Moga jariah kamu berpanjangan," ibu memberitahu. Wardah seakan ingin menitiskan airmata mendengarnya. Alhamdulillah, ianya bermanfaat kepada yang lain.

Walaupun hingga kini Wardah masih belum memiliki Qur'an Digital yang terbaru, tapi Wardah bersyukur, dengan teknologi terkini Wardah bisa memuatkan beberapa juzuk Al-Qur'an ke dalam handphone kesayangan, malah memuatkan pelbagai bacaan dari Syeikh-Syeikh Kabir di dalam laptop kesayangannya. Dan Wardah masih lagi terpilih menelusuri jalan mujahadah hafizah dan bercita-cita menjadi al-hafizah yang mumtazah dan masyi dengan izin Yang Maha Agung. Moga cita-citanya diberkati ALLAH Yang Maha Esa. Ameen.

**************************************************************

"Ya ALLAH, aku ingin memiliki Qur'an Digital terkini dan juga ingin menjadi 'Qur'an Digital Berjalan' seperti Sang Murabbi, RasuluLLAH SoLLAHU 'Alaihi Wassalm, ameen Ya Rabbal 'Alameen..."

Friday, January 6, 2012

Cinta Yang Hakiki

Dalam hadits Qudsi Allah berfirman:
“Cinta-Ku harus Ku-berikan kepada orang-orang yang saling mencintai karena-Ku, Cinta-Ku harus Ku-berikan kepada orang-orang yang saling berkorban karena-Ku, dan Cinta-Ku harus Ku-berikan kepada orang-orang yang menyambung hubungan karena-Ku.”

Taubat Seorang Hamba

Seorang lelaki bertanya: "Seandainya setiap butiran pasir itu adalah dosa, maka seluas gurunlah tebaran dosa saya. Pelbagai maksiat telah saya lakukan, baik yang kecil mahupun yang besar. Sekarang saya telah bertaubat. Apakah Allah menerima taubat saya?"
Seorang sufi menjawab: "Sudah tentu. Jika Allah tidak menerima taubat hamba-Nya, mungkinkah dia tergerak untuk taubat?"

Why do we read Quran, even we can't understand not even a single Arabic????

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, "Grandpa, I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket ofwater."

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.
The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.

Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"

"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket."

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you willbe changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."





"It is better to try and fail, than not try at all"

~Pengembaraan Ilmu Di Bumi Anbiya' Yang Barokah~

15 April 2007 - Julai 2007 : Merantau ke bumi Anbiya', Syria

~Dapat menziarahi tempat2 bersejarah, maqam para Nabi, sahabat2, sahabiah2, tabi'in dan lain-lain.
~Dapat banyak ilmu, mengutip mutiara bahasa arab di Jami'ah Kiftaro, mengutip mutiara ilmu Al-Qur'an dari Anisah Maryam, Doktor Tajwid dan Anisah2 lain yang mengajar sahabat2 UIA yang lain, mengutip ilmu Fiqh Ibadat dari Anisah 'Itab, mengutip mutiara tazkirah dari Syeikhah di Jami' Manja' selepas asar setiap hari Khamis, mengutip mutiara talaqqi kitab Fiqh Imam Syafie&Hadith Mukhtasar Imam Muslim di Jami' selepas Maghrib dan 'Isya' hampir setiap hari.
~Dapat 'tarbiyyah khusus' dari ALLAH, tarbiyyah yang lembut untuk dihayati
~Dapat merasai cinta dan kasihnya kakak2, sahabat dan Makcik yang turut serta dalam pengembaraan
~Dapat merasai tanggungjawab sebenar sebagai Hamlatul Qur'an
~Dapat mengenali beberapa sikap 'syabab' yang baik2 (untuk rujukan mencari suami soleh ^_^)
~Dapat menghayati perjuangan RasuluLLAH SoLLAHu 'Alaihi Wassalam, para sahabat seperti Khalid Al-Walid, tabi'in, tabi' tabi'in, serta mengagumi perjuangan menentang tentera salib oleh Sallahuddin Al-Ayubi
~Dapat mempraktikkan sunnah Nabi
~Mengagumi pelajar arab semuda 14 tahun yang berjaya menghafaz Qur'an, menghafaz Hadith Sahih Bukhari dan sedang menghabiskan hafazan Hadith Sahih Muslim pada ketika itu. SubhanALLAH
~Sempat merantau ke Beirut, Lubnan selama lebih kurang sehari ^_^


Coming soon, 2012 : Bakal menjejakkan kaki ke bumi Anbiya' Mesir a.k.a Egypt

~Moga urusanku ke sana dipermudahkan, amin
~Bakal mengambil Ijazah Al-Qur'an Bersanad di sana
~Bakal mengambil apa sahaja peluang untuk menuntut ilmu ALLAH dan mendekatkan diri kepadaNYA
~Bakal memanfaatkan masa yang ada untuk melancarkan hafazanku, moga2 dapat menjadi hafizah yang masyi,insyaALLAH, amin.
~Bakal bertemu 'insan' yang sangat2 dirindui di sana, adik kesayangan yang sering diingati, insyaALLAH ^_^
~Bakal peroleh 'hikmah' di sebalik hijrah, insyaALLAH, amin

Thursday, January 5, 2012

Usaha menjadi isteri solehah

RASULULLAH s..a.w bersabda: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.” 

Ya ALLAH Yang Maha Memberi Petunjuk..Tunjukilah kami dengan akhlak yang baik, jauhkan lah kami dari akhlak yang buruk."

Rasulullah bersabda :
“Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”
..MOTIVASI YANG SANGAT HEBAT BUAT PEDOMAN DIRI..

DIRI INI SEDAR..
Menjadi isteri yang bahagia bukan dengan mengharap, mengharap dan banyak menerima, namun dengan banyak memberi, memberi dan terus mencari kebaikan dalam setiap keadaan.

SAMA_SAMA KITA KEMBALI KEPADA ALLAH..
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang” (Maryam:96)
..Indahnya pernikahan ini bila hati mampu merasa kesyukuran atas rahmat ALLAH yang melingkari segenap kehidupan. ALLAH berkehendak menitipkan cinta dan rindu sesama suami dan isteri, hingga kita dapat menikmati kebahagiaan.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)