Seorang wanita yang beriman pastinya ingin menjadi wanita yang solehah... dan pastinya mengharapkan redha Tuhannya...
Dan sudah pastinya juga dia mengharapkan seorang suami yang taat kepada ALLAH dan RasulNYA yang dapat memimpinnya menuju 'nur ilahi'...
Tidak mungkin seorang wanita hanya boleh berharap untuk mendapatkan suami yang soleh sedangkan dirinya bukanlah yang solehah...
Seharusnya sebelum berharap mendapatkan yang soleh, seorang wanita itu sepatutnya menjadikan dirinya wanita yang solehah... Wanita solehah yang diumpamakan oleh RasuluLlah sebagai pohon semalu... mengucup tatkala disentuh, berduri, mengucup bilamana senja menjelang...
Jadilah juga seperti mawar yang berduri... Cantik dan sejuk mata memandang, namun sukar didekati kerana durinya tersemat.... Wanita solehah yang cantik budi pekerti dan akhlak, sejuk mata memandang, dan sukar didekati kerana teguhnya pendirian dan maruah diri...
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...." (Al-Qur'an Surah An-Nisa')
Jadi janganlah kamu risau tentang jodohmu... Pastinya DIA telah tetapkan yang terbaik buatmu...
Ayuh kita sama-sama menjaga akhlak kita dan menjauhi diri daripada dosa... mengharapkan redha dan kasih ALLAH serta mencontohi RasuluLlah dan para sahabat dan sahabiah...
"Jangan berharap akan datang kepada kamu seseorang yang hebat, sedangkan kamu tidak menjadikan dirimu sbagai orang yang hebat..." Dr. Hamka
Antara 9 Siti yang patut dicontohi:
1) Siti Khadijah- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A’ishah- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama
4) Siti Hajar- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diridan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.tutk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinyadrpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8.) Siti Muti’ah- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utkkegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment