Sejak akhir2 ni, banyak dugaan dan cabaran buat diri...
Rasa down juga tapi cepat2 ingatkan pada diri bahawa ujian yang melanda tanda ALLAH kasih dan sayang pada hambaNYA...
Bagi memotivasikan diri seringkali penulis pesan pada diri sendiri yang ujian ni buat hambaNYA yang menuntut ilmu dan mendalami ilmu2 agama... jua ujian buat hamba yang cuba menghafaz ayat2 suciNYA... SUBHANALLAH!
Bukannya mudah untuk menghafaz dan me'maintain'kan ayat2 suci yang telah dihafaz... Semuanya perlu diulang selalu... Kata sahabat penulis, tiada jalan pintas untuk mengekalkan hafazan, hanya ulang dan ulang tanpa henti serta menjauhkan diri dari dosa dan maksiat...
Al-Qur'an itu kalamuLlah... Suci dan teramat suci... Lalu, tiada jalan lain untuk meletakkan kalam2 suci di hati ini melainkan dengan menyucikan hati, hanya dengan tazkiyyatun nafs dan melalui jalan kesufian...
Yang utama, solat, kesempurnaannya wajib dijaga dan diperbaiki dari semasa ke semasa... Amalan pertama yang dihisab ialah solat... Jika sempurna dan diterima, maka akan diterima amalan2 yang lain...
Solat yang khusyu' memang sukar dicari... Menurut Abu Sangkan di dalam bukunya yang bertajuk "Pelatihan Shalat Khusyu...", beliau menyatakan bahawa khusyu' bukannya sesuatu yang perlu dicipta namun kita perlu berusaha menerima dan merasainya, diumpamakan seperti cinta, ia datang tanpa dipinta, namun kita dapat menerima dan merasai kehadirannya...
Bagaimana mendapatkan solat yang khusyu'? Tentunya pelbagai cara, juga terdapat banyak buku mengenainya dan ada juga seminar tentang solat yang khusyu'. Cuma yang dapat penulis kongsikan di sini ada beberapa perkara:
1. Bermula dengan wudhu'. Wudhu' yang sempurna dan ketika mengambil wudhu' hendaklah sentiasa mengingati ALLAH agar dibersihkan seluruh anggota badan zahir dan batin... Jika ketika wudhu' masih teringat hal2 dunia, maka ianya hanya membersihkan anggota yang terkena air sahaja.
2. Solat di awal waktu. Jika boleh 2minit@lebih sebelum azan sudah bersedia dan menunggu masuknya waktu. Di kala itu, cuba hadirkan rasa kehambaan dan ketuhanan dalam diri. Rasakan diri ini lemah dan kerdil (rasa kehambaan) sedangkan yang bakal disembah adalah Yang Maha Agung, Maha Besar, Maha Hebat (rasa ketuhanan). Dengan itu harapnya dapat menambah rasa untuk menghadap RAJA bagi segala raja.
3. Solat dengan thoma'ninah (tenang). Baca bacaan solat dengan perlahan hingga terdengar oleh telinga, diikuti dengan hati dan difahami pula maknanya. Bayangkan setiap patah perkataan itu di hadapan mata (seolah2 seperti slide show) seperti mana kita membaca Qur'an dengan mushaf.
4. Sentiasa berdoa supaya solat diterima dan mendapat khusyu' di dalam solat. Hanya solat yang khusyu' dan bermutu sahaja yang mendapat janji Rabb seperti mana tercatat di dalam al-Qur'an: "Sesungguhnya solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar..."
Hanya sekadar itu sahaja buat masa ini yang dapat penulis kongsikan. InsyaALLAh kita sama2 perbaiki mutu keunggulan solat kita sedikit demi sedikit demi menggapai cintaNYA.
Menjadi impian setiap hamba yang soleh untuk mendapatkan cinta ALLAH yang Maha Agung. Sebenarnya ALLAH amat kasih kepada kita, hanya kita yang selalu alpha dan lupa. Moga ALLAH ampunkan dosa2 kita dan menjadikan kita hambaNYA yang taat dan berTAQWA... Amiinnn...
No comments:
Post a Comment