Islamic Widget

Sunday, October 14, 2012

Kelebihan Surah Al-Ikhlas




Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :

"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka".



Dari Imam Bukhari, diriwayatkan
daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas
berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada
Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia
menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi
tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Hebatnya Istikharah

Hati Insyirah tenang... Seusai solat, Insyirah panjatkan doa, tidak ditinggalkan doa istikharah, memohon pertolongan hanya kepada ALLAH...

"...Bonda, Insyirah setuju ke madrasah baru..."
"...Alhamdulillah, Bonda rasa bersyukur Insyirah setuju nak habiskan belajar di sana..."

Namun, 3 hari sebelum ke madrasah baru, Insyirah menerima mimpi yang berunsur 'negatif' tentang madrasah... Insyirah bermimpi sahabat Isnsyirah menangis dan suasana di madrasah kelam, tiada cahaya...

"...Bonda, Insyirah rasa berat nak ke madrasah baru, kalau Insyirah cansel ke sana macam mana ye, Bonda?" tanya Insyirah lembut.
"...Kenapa Insyirah? Bonda tak nampak ada sebarang benda tak elok, lagipun Ustazah mesti dah tertunggu-tunggu Insyirah di sana..."
"...Tak pe lah, Bonda. Insyirah pergi sana cuba dulu ye. Kalau ada apa-apa, Insyirah akan istikharah balik..."

Insyirah dan Bonda disambut baik oleh Ustazah dan Qistina. Tiada kekurangan yang kelihatan. Nampak baik-baik aje.

Seusai mengucup tangan Bonda dan Ayahanda, Insyirah menanti kereta yang dipandu Ayahanda berlalu sambil melambai-lambai ke arah adik-adik dan Bonda serta Ayahanda.. Moga-moha hijrah ini penuh barokah, getus hati Insyirah...

Setelah beberapa ketika belajar di tempat baru, hati Insyirah terasa sesuatu yang tidak enak. Aduh, kan Insyirah dah cakap dulu kat Bonda, Insyirah tak sedap hati dengan tempat baru ni... Namun istikharah tidak sesekali Insyirah tinggal, apa-apa pun mesti mohon pertolongan kepada ALLAH..

Apa yang berlaku di luar jangkaan, Bonda sendiri datang mengambil Insyirah pulang setelah menangis-nangis Insyirah mengadu kepada Bonda dalam telefon.

"...Insyirah tak tahan Bonda, semua Insyirah buat nampak salah, Insyirah cuba buat yang terbaik dah, Insyirah mengaji betul-betul, tapi Ustazah hanya nampak kesalahan Insyirah dan besar-besarkannya... Insyirah nak balik, tak nak belajar kat sini dah..."

Hati yang diisi dengan Kalam ALLAH rupanya mudah sangat tersentuh. Tapi sesiapa pun berada di tempat Insyirah pasti menangis teresak-esak, manakan tidak, disalah anggap hendak merampas suami orang, itu memang melampaui batas, Insyirah niat untuk belajar, bukan mencari jodoh... Segala perbuatan Insyirah diperhati, dihukum tak tentu pasal, mana-mana insan pun pasti terguris kan... Insyirah redha, dia tetap Ustazah yang menyampaikan ilmu kepada Insyirah...

Kembali ke tempat asal buat Insyirah lebih tenang, rupanya semuanya ada hikmah. Hari ini 13/10/2012 Insyirah diterima di madrasah yang lebih baik. Insyirah tekad untuk mengkhatamkan hafazannya secepat mungkin. Kejadian tempoh hari menjadikan Insyirah lebih cekal...

Hebatnya istikharah, Insyirah yakin ALLAH membantunya dalam setiap keadaan... Mungkin madrasah itu bukan yang terbaik untuk Insyirah tapi satu wasilah untuk Insyirah ke madrasah yang baru ni. Alhamdulillah.

Mengajar dan belajar dalam masa yang sama buat Insyirah menghargai guru dan dirinya sendiri... Insyirah berusaha menjadi pelajar dan guru yang baik, sekaligus cuba memenuhi tuntutan anak yang baik serta hamba ALLAH yang taat pada perintah ALLAH...