Islamic Widget

Monday, November 3, 2008

Fatonah...kebijaksanaan...

2 November, lebih kurang jam 5.45petang, usrah yang dihadiri 7 orang serikandi Islam di bilik ummu dhuha meriah sekali... mungkinkah akan ada usrah wada' yang ke-2 di masa hadapan?

Wada' kali ini hanya wada' diri ini yang akan grad, sedangkan sahabat2 yang lain setia meniti titian2 perjuangan satu persatu menuju matlamat yang terakhir, iaitu ALLAH... Moga diriku juga istiqamah meniti titian2 perjuangan walaupun diri ini akan grad tak lama lagi... amiin...

Sedih hati bila mengenangkan tak lama lagi diri ini akan grad, namun kedatangan serikandi2 ke usrah wada' kali ini membuatkan bibir masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa...
Bahagia... bukan hanya untuk diri sendiri, tapi juga untuk mereka yang berada di sekelilingku...

Usrah berakhir dengan pertukaran hadiah antara serikandi2 mujahidah Islam... hadiah pertama tentulah buat diri yang bertuah ni... hadiah yang 'comel' ni pasti dapat mengubat rinduku nanti...
sahabat2 yang lain juga bersyukur dgn hadiah masing2... semuanya rezeki dari ALLAH... ALHAMDULILLAH...

Usrah yang berakhir sebentar tadi pasti menjadi kenangan indah... perkongsian ilmu dan pengalaman merapatkan ukhwah sesama ahli usrah...Menunaikan solat maghrib dan isya' bersama ummu dhuha... Tenang hati menghadap Illahi... Ya ALLAH, kurniakan kami cintaMU, jua cinta orang2 yang mencintaiMU, serta cinta yang dapat menghubungkan kami ke arah cintaMU....

Selesai solat isya', tak berapa lama kemudian, kakHa datang menziarah...
Sedang rancak berbual... timbullah perkataan 'Fatonah'... Ianya nama baru buat diri ini... "Roommate akak bagitahu ada kawan akak bagi sesuatu kat atas meja... pastu dia cakap, ala, yang sekelas dengan saya kelas Cognitive Psychology... nama dia.... erm... hah, 'kak Fatonah' tu..." tergelak sakan kami bertiga mendengar perkataan Fatonah tu... kenapalah dia boleh lupa nama diri ini, yang bestnya siap bagi nama baru pula tu... Fatonah pun Fatonah lah dik... tu pun satu doa juga...

Sebut perkataan Fatonah, teringat adik tu dan kawan2 dia cakap diri ni pandailah, bijaklah (padahal taklah bijak sangat pun, buat2 bijak je)... sekaligus membuatkan diri ini teringat kepada Rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w.. Bukankah salah satu sifat Nabi tu Fatonah??

Bagaimana dalam masa yang singkat, iaitu hanya 23 tahun, Nabi dan para sahabat mampu membina sebuah negara Islam di Madinah, sekaligus Baginda menjadi pemimpin terulung pada zaman itu, serta menjadi ROLE MODEL buat pejuang2 Islam hingga ke hari ini... Bahkan, orang2 barat juga mengambil contoh2 yang baik yang ditunjukkan oleh Nabi buat pedoman hidup mereka...

MAHA SUCI ALLAH yang menjadikan insan semulia Muhammad ya Rasulullah... Kebijaksanaannya jelas tergambar di dalam sirahnya... dalam perjanjian Hudaibiyah contohnya, betapa kotor dan liciknya pemimpin Quraisy, namun kerana kebijaksanaan dan kesabaran Rasulullah, akhirnya mereka sendiri yang tersungkur dari perjanjian yang penuh muslihat yang mereka sendiri merangkanya...

Benarlah kata2 ALLAH, "Mereka merancang, namun sebaik2 perancangan adalah perancanganNYA.."

Moga dengan lahirnya nama baruku ini, akan membuatkanku lebih bijak dalam mengorak langkah di luar sana... Semoga kebijaksanaan yang dikurniakan ALLAH ini tidak disalahgunakan, bahkan memberi manfaat kepada perjuangan Islam...

Bijak merancang, bijak melaksana...